Beberapa hari lalu, pelakon yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019, Amerul Affendi meluahkan rasa kesalnya kerana sesetengah produksi dan stesen televisyen mengutamakan populariti di media sosial untuk dipilih berlakon.

Baca: "500,000 Followers Baru Produksi Ambil Berlakon" - Amerul Affendi Kecewa Kerana…

Perkara tersebut mendapat perhatian ramai pihak terutamanya peminat dan kalangan penggiat seni sendiri termasuklah pelakon Noorkhiriah yang turut berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya.

Noorkhiriah yang pernah beberapa kali memenangi Anugerah Bintang Popular turut terpanggil untuk berkongsi kisah dirinya juga.

"Akak Yang 900k Ni Pun Takde Offer. Sangkakan ada rupanya takde.Entahlah Dik, tak tau mana silap @ Allah simpan rezeki Akak untuk bagi yang lebih baik.

Cuma biasalah Akak rindu nak bekerja, 20 tahun makan nasi production. Mungkin bagi laluan pada yang hot. Akak sedar kedudukan Akak kat mana," tulis Noorkhiriah di Instagramnya.

Akak Yang 900k Ni Pun Takde Offer..Sangkakan Ada Rupanya Takde..Ntahlah Dik Taktau Mana Silap @ Allah Simpan Rezeki Akak Tuk Bagi Yg Lebih Baik Cuma Biasalah Akak Rindu Nak Bkeja,20 Thn Makan Nasi Production??Mgkn Bagi Laluan Pada Yg Hot..Akak Sedar Kedudukan Akak Kat Mana,Apa Lagi Nak Kata Kat Diri Melainkan Sabar Cuma Kalu Boleh..Bagilah Sama Rata,Yang Lama Mcm Akak Pun Nak Bkerja Sungguh Pun Sekadar Memenuhkan Skrin..Takkanlah Takde Sapa Nak Tengok Langsung?? #rezekibelumberpihakpadakita #AllahJagaKita #KitaJagaKita

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on


Tambahnya lagi, dia hanya mampu memberitahu dirinya sendiri suapaya bersabar dan berharap jika boleh, ianya dibahagi sama rata antara yang lama dengan yang baru.

"Yang lama macam Akak pun nak bekerja sungguhpun sekadar memenuhkan skrin. Takkanlah Tak ada siapa nak tengok langsung," keluhnya.

Noorkhiriah mempunyai 902,000 orang pengikut di Instagram miliknya.