BERITA
"Akan Selalu Ada Wanita Yang Lebih Cantik Dari Mu, Tapi ....." - Siti Nordiana
Penyanyi Siti Nordiana atau Nana mengakui kecantikan yang ada pada setiap wanita adalah bukan segala-galanya.
Menerusi entri di Facebook (FB), Nana telah berkongsi gambar terbaharunya dengan kapsyen yang menjadi bualan para pengikutnya.
"Wanita, ketahuilah akan selalu ada wanita yang lebih cantik dari mu, tapi, apa yang penting adalah mencari pasangan hidupmu yang tak kisah pasal kecantikan itu," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Nana dan berharap agar dia dapat menemui pasangan hidup selepas ini.

Dalam perkembangan terbaharu, Nana akan muncul dalam program Bintang Minggu Ini bersama kumpulan Elite dan Mamat atas satu pentas.
Bintang Minggu Ini merupakan sebuah program santai terbaru yang akan dihoskan oleh pelawak dan pengacara hebat iaitu Jihan Musa.
Bintang Minggu Ini dibawakan oleh Vivo bersiaran setiap Ahad, pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 25 November lalu.





Must-Watch Video