Hiburan

"Akan Selalu Ingat Pesan Tok" - Mimie Haris Hilang Nenek Ramadan Ketiga

gempak
Amri Hassan
08/05/2019
07:49 MYT
Sponsor Banner
"Akan Selalu Ingat Pesan Tok" - Mimie Haris Hilang Nenek Ramadan Ketiga
Penyanyi, pelakon dan pengacara Mimie Haris berkongsi khabar duka apabila neneknya meninggal dunia pada Ramadan ketiga.
Berita itu disampaikan menerusi akaun Instagramnya tengah hari tadi.
"Dukacita dimaklumkan bahawa nenek saya che wan sudah pergi mengadap ilahi pada hari ini.
"Diminta rakan-rakan saya sedekahkan Al-Fatihah kepada nenek saya #allahu.
"Mimie akan slalu sentiasa ingat pesan tok kat mimie. I'm gonna miss u. I love you tok," tulisnya.
Menerusi khabar duka itu, pengikutnya melayangkan ucapan takziah dan memintanya untuk bersabar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live