Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Akaun IG Digodam, Mierul Aiman Akui Kerja Terganggu - “Sekarang Pun Masih Cuba Untuk…”

Asyikin Mayudin
13/08/2024 06:25 MYT
Pelakon Mierul Aiman memberitahu dia mengetahui tentang akaun laman Instagram miliknya digodam selepas pulang dari sidang media Dari Mata Turun Ke Hati sekitar 2 pagi, Selasa.

Cuba Dapatkan Semula

Dimaklumkan oleh pengurusnya, Mierul berkata pihak pengurusannya juga kini sedang mencuba sebaik mungkin untuk mendapatkan semula akaun tersebut.

“Saya dapat tahu IG kena godam kira-kira pukul 2 pagi tadi… itu pun selepas pengurus saya maklumkan menerima banyak DM daripada peminat yang beritahu tentang perkongsian tersebut.

“Masa dapat tahu itu, saya dah nak siap-siap tidur. Memang tak pegang handphone. Nak buat macam mana, saya okay saja. Sekarang pun masih cuba terbaik untuk dapatkan semula IG itu,” katanya kepada Gempak.

Terkilan IG Digodam

Pelakon Project: High Council ini juga mengakui dia sedikit terkilan dan bimbang apabila IG digodam memandangkan platfrom itu merupakan punca rezeki malah kerjanya juga terganggu.

“Memang agak terkilan dan sedikit risau sebab IG itu juga salah satu punca rezeki, portfolio dan branding saya juga. Ikutkan bila IG kena godam ini memang buat kerja saya agak terganggu.

“Sekarang tak boleh buat apa, doakan segalanya dipermudah. Tak boleh nak fokus isu itu sangat sebab saya pun ada banyak kerja. Cumanya, benda terakhir, terpaksa la buat akaun baru,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Foto Jual Emas, Rupa-Rupanya Akaun IG Mierul Aiman Digodam - “Sila Jangan Klik Pada Sebarang Pautan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Mierul Aiman Akui Terkejut Didakwa Sedang Bercinta Dengan Cucu Orang Kenamaan - “Sebenarnya Saya.."


ARTIKEL BERKAITAN: “Perlu Dengar Pendapat Orang…” - Dikecam Kerana Video Menari, Mierul Aiman Terima Dengan Hati Terbuka

Laman Instagram milik pelakon drama siri terbaharu ‘Dari Mata Turun Ke Hati’ iaitu Mierul Aiman digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak malam, Isnin.

Menerusi kenyataan dari pihak pengurusan, Rocketfuelent memohon agar semua pihak tidak menekan sebarang pautan yang diterima melalui mesej daripada akaun tersebut.

Terdahulu, perkongsian di akaun Instagram Mierul Aiman yang dengan kapsyen menjual emas untuk didermakan dana kepeada negara Palestin menarik perhatian netizen.

Malah, akaun IG itu juga memilih untuk menutup ruang komen di perkongsian tersebut.

#Mierul Aiman #IG digodam #IG Mierul Aiman #IG Mierul digodam