Akaun Instagram Hampir Digodam, Salina Saibi Hairan Hackers Siap Dapat Bermesej Di WhatsApp

ZULHILMI JALIL
April 2, 2020 05:12 MYT
Pelakon yang popular dengan drama Gerak Khas, Salina Saibi mendedahkan bahawa akaun Instagram miliknya hampir menjadi mangsa penggodam.
Lebih menghairankan, kata Salina, individu yang cuba menggodam akaunnya itu turut mempunyai akses mengirimkan mesej di nombor telefon peribadinya menerusi aplikasi WhatsApp.
"Dua jam 'berlawan' dengan scammer bod*h b*ngang dari negara mana entah nak godam Instagram saya.
"Nasib baik saya sedar cepat tiba-tiba email bertukar. Dia WhatsApp lah..haishh. Masuk ni kali kedua dah. Gila tak ada kerja ke woi!@ Geram betul! Lega nasib baiklah dapat balik," luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Pada masa sama, Salina turut berkongsi paparan mesej antara dirinya bersama individu yang mendakwa dari Turki itu.
Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata memintanya untuk lebih berhati-hati dan kerap menukar kata laluan.
Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-22 itu mempunyai lebih 207,000 pengikut di Instagram.
#Instagram #Salina Saibi #Godam