Pelawak Ali Puteh memberitahu akaun Instagram (IG) miliknya telah digodam.
Pemberitahuan mengenai akaun terbaru Ali itu diumumkan menerusi ruangan sebuah entri di IG baharu, semalam.
"Instagram baru saya yang original..Yang lama sudah kena hack.
"Selain dari akaun ini itu semua bidaah!" maklumnya.
Dalam pada itu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Ridzuan, 31, menganggap segala yang terjadi adalah ujian dalam kehidupannya.
"Allah uji lagi. Instagram pulak dicuri. Insya-Allah terus bersabar kerana bila kita sabar, Allah sayang kita," tulisnya lagi.
Sehingga kini ,akaun baru Ali baru sahaja mempunyai lapan posting dan hampir 26,000 pengikut.
Terdahulu, Ali sebelum ini pernah mengalami nasib yang sama apabila akaun IGnya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada September 2019.
Meerqeen & Erysha: Kisah Jatuh Cinta Untuk Kali Kedua | Singgah Set
Tak lama je lagi siri MegaDrama terbaharu iaitu Cinta Untuk Sekali Lagi akan bersiaran. Tak sabar Cik Bam! Jadinya, team #BambamStudios dijemput untuk #SinggahSet drama tersebut.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan CINTA UNTUK SEKALI LAGI, bermula 27 Mei 2024.
Setiap Isnin-Khamis, 10 malam di Astro RIA dan Strim Astro GO
Dibintangi oleh Meerqeen, Erysha Emyra, Haidar Hasanudin, Nina Juren, Ozlynn Waty, Malle Christian Anderson, Zarynn Min, Aiman Ameer, Nik Rifa’ie, Arash Mohamad, Esma Daniel, Aryanna Alyssa Dezek, Zarith Zalikha dan ramai lagi pelakon-pelakon hebat.
#CintaUntukSekaliLagi #CUSL
#BamBamStudios
#AstroGo
#AstroBaharu
#MasaBersama #MerapatkanKita
#SookaMalaysia
#SookaGotDrama