Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Akaun Kena Hack, Siti Sairah Beri Kenyataan Rasmi

Mya Amri 21/01/2020 | 14:59 MYT
Penyanyi Siti Sairah memberitahu akaun Instagram (IG) miliknya telah digodam.
Pemberitahuan mengenai akaun terbaru Sairah itu diumumkan menerusi ruangan IG Insta Story milik kakaknya, penyanyi kesayangan negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Saya Siti Nursairah Tarudin ingin menjelaskan dengan dukacita di maklumkan bahawa akaun Instagram peribadi milik saya @sitisairahtarudin telah di hack oleh pihak tidak berwajib.
“Dengan ini saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan dan kesukaran yang telah berlaku. Untuk itu saya telah membuat akaun baru atas nama penuh saya @sitinursairahtarudin bagi memudahkansegala urusan yang berkaitan kerjaya mahupun keluarga.
“Jadi saya mohon kerjasama baik kalian yang mengenali saya boleh follow akaun baru ini. Semoga segala urusan lebih dipermudahkan selepas ini. Ameen,” maklumnya.
Sehingga kini akaun baru Sairah baru sahaja mempunyai empat posting dan hampir 2,000 pengikut.

kepada semua kenalan dan yang mengetahui diri ini.mohon share dan sebarkan semoga dapat membantu dan memudahkan followers saya seblum ini untuk mengikuti account baharu ini.?? #sitisairah

A post shared by SITI SAIRAH | NEW ACCOUNT!! (@sitinursairahtarudin) on

#Penyanyi #Penyanyi #Siti Sairah
;