Pempengaruh Syifa Melvin meluahkan rasa berang apabila mengetahui ada individu mengambil kesempatan menggunakan video dia bersiaran langsung (live) di TikTok untuk menjual barang.

Menerusi perkongsian di Instastory, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini menegaskan dia hanya mempunyai satu akaun TikTok dengan menggunakan nama Syifmel131 sahaja.

“Manusia ini, nak duit cepat tapi pemalas susah juga… aku duk sedap lena, orang ingat aku buat live. Tidak ya, TikTok Syifa nama Syifmel131.

“Selain daripada itu palsu ya. Barang dia jual pun murah. Dia okay tak?” kata Syifa.

Menurut isteri kepada pemain bola sepak terkenal Safawi Rasid ini, individu tersebut merakam live yang dilakukan dan menggunakan semula video itu pada keesokan hari.

Syifa turut berasa bimbang sekiranya individu tersebut menggunakan taktik itu untuk menipu pembeli dengan menghantar parcel kosong sahaja.

“Pagi ni terkantoi satu scammer… dia record live Syifa malam tadi dan dia buat live pagi ni guna live Syifa yang malam tadi.

“Dan jual produk kekasih. Tak tahu la barang akan sampai pada korang ke tak kalau korang beli. Risau kalau beli dengan dia nanti dia pos kan parcel kosong saja sampai rumah korang,” ujarnya lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.