“Akaun Yang Spill Tea Pun Dah Ghaib…Ada 3 Hal Kita Belajar Kali Ini…” – PU Rahmat
Fiza Kamarudin
28/12/2020 14:03 MYT
28/12/2020 14:03 MYT
Pendakwah bebas yang juga bekas peserta program realiti islamik Pencetus Ummah (PU) musim pertama, Rahmat Ikhsan meminta semua pihak menghormati permintaan Neelofa.
PU Rahmat berkata, adalah lebih baik mendiamkan diri jika tidak mampu untuk memenuhi pemintaan Neelofa agar mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
Ini kerana kata PU Rahmat, sifat seorang muslim yang baik ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan dirinya.
“Seperti mana yang diminta Lofa agar kita mendoakan yang baik-baik, maka kita doakan yang baik-baik.
“Jika tidak mahu mendoakan, kita hanya perlu diamkan diri. Jika kita tidak mahu ambil peduli, itu juga salah satu tanda kebaikan.
“Diantara baiknya Islam seseorang adalah apabila meninggalkan sesuatu yang tiada kaitan dengannya,” katanya.
Dalam pada itu, PU Rahmat menegaskan ada tiga perkara yang boleh dipelajari disebalik kontroversi yang berlaku.
“Lofa sudah pun mengatakan semua itu fitnah. Akaun Twitter yang spill tea pun pun dah ghaib.
“Ada tiga hal kita belajar kali ini iaitu, mana-mana berita perlu diselidiki, pertunangan fasa yang berat dan pernikahan bukan hanya hal dua jiwa tetapi hal dua keluarga,” tulisnya.
Pesanan tersebut dikongsi PU Rahmat menerusi laman sosial Instagramnya pada Ahad dan telah menerima lebih 101 ribu tanda suka.

Terdahulu Gempak melaporkan seorang pemilik akaun Twitter dicari pengurus peribadi Neelofa kerana tangkap layar yang dimuat naik di laman sosial tersebut.
Tangkap layar yang memaparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas tersebut dikira boleh menjejaskan reputasi dan nama baik Neelofa.