Hiburan
"Akhir-Akhir Ini Ada Orang Terdekat Jatuh Sakit & Ada Yang Hilang Orang Tersayang" - Che Puan Sarimah
Pelakon, penyanyi dan pengacara jelita Che Puan Sarimah Ibrahim merupakan antara selebriti yang sering berkongsi rutin hariannya bersama peminat.
Tidak kiralah sebagai seorang ibu yang bekerja, atau juga soal bersenam dan menjaga kesihatan, malah aktiviti-aktiviti hariannya di Instagram miliknya.
Terbaru, Che Puan Sarimah memuat naik satu entri di Instagram miliknya dan menyatakan kerunsingan tentang kesihatan orang-orang di sekelilingnya.
Advertisement
"Lately I have witnessed people close to me fall ill, some have even lost loved ones suddenly. you know.. many due to poor diet and no exercise. Remember. Without our health - nothing else matters.
"My party scene nowadays. Heading to the gym. Celebrating health and fitness! How does mummy look? What matters more is how mummy feels. This mummy is 14 months post partum now," tulis Sarimah dalam Bahasa Inggeris.
Menurutnya, dia melakukan senaman setiap hari sejak dia hamil sehinggalah selepas pantang dengan menggabungkan latihan kardio dan latihan angkat berat.
"Apa yang hilang adalah lemak dan bukannya berat, dan itulah yang lebih penting.
"Do I diet: No, I eat rice, bread everything but in small portions. But Less carbo at night je.
Do I eat dessert: Always but small spoonfuls.
Do I spend hours in the gym: No.. I spent a max of 1 hour. Its too boring. Some days 20 mins of intense workouts cukup," katanya berkongsi tips.
Tambah Sarimah lagi, ada ketikanya dia hanya bersenam di bilik tidur, ada ketikanya pada waktu malam, dan pada masa-masa terluang antara kerja, melakukan tugasan di rumah dan menonton TV.
"Mental, physical emotional and spiritual health: ALL equally important. All affect the other. Take care of your health ok," pesannya lagi.
Che Puan Sarimah Ibrahim berkahwin dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada tahun 2015 dan dikurniakan dengan seorang puteri, Tunku Sofia Najihah.
Must-Watch Video