Penyanyi Alif Satar menasihati orang ramai agar tidak terlalu taasub terhadap artis kesayangan hingga mencetuskan pelbagai sentimen tidak sihat.
BACA: Konon Salah Sebut Info 'Lagu Ni 8 Orang Nyanyi', BTS Army Meradang, Serang Alif Satar!
Jelas Alif, tidak menjadi satu kesalahan bagi seseorang individu untuk meminati bintang pujaannya namun perlulah bijak mengawal perasaan dan tingkah laku.
"Itu adalah perkara yang sangat kelakar bagi saya. Instagram tidak sepatutnya menjadi tempat yang terlalu serius.
"Padahal apa yang saya katakan lagu Boy With Luv dinyanyikan seramai 8 orang itu memang betul pun.
"Saya faham fanatik artis sebab saya sendiri pun pernah lalui situasi sama ketika meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Tetapi janganlah fanatik sampai berkelahi sesama sendiri dan jangan jadi terlalu sensitif.
"Waktu akhirat nanti tak ditanya pun nama anggota kumpulan BTS tu. Jangan terlalu taasub!" katanya ketika ditemui pada majlis sidang media konsert amal Countless Blessing di Pavilion Kuala Lumpur semalam.
Pada konsert separuh akhir Big Stage 2019 minggu lalu, Alif berkongsi info menyatakan bahawa lagu Boy With Luv yang disampaikan Han Byul dinyanyikan lapan orang artis.
Bagaimanapun, maklumat itu dikecam kumpulan peminat BTS Army menyatakan bahawa kumpulan itu dianggotai 7 ahli.
Padahal, lagu itu sememangnya dinyanyikan seramai 8 artis iaitu 7 ahli kumpulan BTS berkolaborasi bersama penyanyi Amerika Syarikat, Halsey.
Sementara itu, Alif teruja apabila bakal berkolaborasi bersama kumpulan nasyid legenda Raihan dalam konsert yang akan diadakan pada 2 November depan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Konsert amal itu menyasarkan kutipan dana sebanyak RM450,000 untuk disalurkan kepada beberapa pertubuhan berkaitan Islam antaranya Sekolah Islam Al Huda, MERCY Malaysia dan Persatuan Pemulihan Kesan Sosial Malaysia.
Tiket konsert dijual dengan harga RM115, RM305, RM405 dan RM690 secara dalam talian My Ticket Asia.
Amri Hassan
Thu Oct 03 2019


Tiga Versi Lagu Kendati Trending, Amylea: "Saya Rasa Ini Bukan Cup of Tea Malaysia"
Selepas dilancarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu, lagu Kendati nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Amylea Azizan terus diminati dan menjadi siulan pencinta muzik tempatan.

Da'i Syed Kongsi Gambar Pakai Apron, Ramai Peminat Perempuan Jatuh Hati - "Masak Pun Hensem Tak Tau Nak Cakap La"
Untung sapa dapat dia ni.

Seekor Ditembak, 2 Anjing Dicuri, Lady Gaga Tawar Setengah Juta Dolar Dengan Pesanan: "Jangan Tanya"
anjing dari baka Perancis dibawa lari perompak

Isu Saman Fitnah - Vivy Yusof, Netizen Bersemuka Di Mahkamah Ogos Depan
Semoga dipermudahkan untuk kedua-dua pihak.

Psst! Ini Lagu-Lagu Yang Ada Dalam Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends
Yuna, Altimet & Hael Husaini nyanyi lagu apa?

Datuk Ras Adiba Radzi Selamat Jalani Pembedahan, Jahit Semula Ligamen...
Alhamdulilah...Datuk Ras Adiba selamat jalani pembedahan

#MamiPiqahCorner: Salahkah Pakai Seluar Ketika Berpantang? Doktor Kata Lain, Mak Di Kampung Lain Pula Caranya…Mana Satu Betul?
Pantang tradisional atau moden?

Dah Jadi Macam-Macam, Tapi Mana Satu Watak Zizan Paling Korang Love?
Zizan kalau berlakon wuih boleh tahan ya!

COVID 19: Angka Kembali Naik ke 2 Ribu, Kes Kematian Mencecah 1,111
Jaga diri, patuh SOP.

“Nak Tangkap Sajat Ke John Wick Ramai-Ramai Ni?” - Netizen Pelik Kenapa JAIS Kerah 122 Anggota
Sampai 122 orang memang ramai, tapi mungkin ada alasan tertentu?