Laman Utama

Akhiri Zaman Duda, Esma Daniel Selamat Bernikah Dengan Wanita Berusia 31 Tahun - “Sepatutnya ‘Ikat’ Selama Setahun Namun…”

Gempak
21/05/2023
00:50 MYT
Dengan sekali lafaz, pelakon drama siri Andai Itu Takdirnya iaitu Esma Daniel menamatkan zaman duda selepas selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Nur Atira Mazlan di Kajang pada Sabtu.
Menerusi laporan Kosmo!, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mazlan Abdul Malik dan Esma menyerahkan sebentuk cincin emas berlian dan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Atira.
Menurut Esma, mereka sudah mengikat tali pertunangan pada 14 Januari lalu dan mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis pernikahan.
“Sebenarnya kami sudah bertunang pada 14 Januari lalu dan sepatutnya ‘ikat’ selama setahun sebelum nikah namun rasanya elok disegerakan apabila keluarga sudah restu.
“Alhamdulillah saya sah bergelar suami dengan sekali lafaz. Walaupun sudah ada pengalaman sebelum ini tetapi tetap rasa gementar ketika hendak bernikah.
“Hari ini majlis pihak perempuan manakala belah lelaki pula akan diadakan selepas anak lelaki saya berkawin pada bulan Ogos depan,” katanya.
Dalam majlis tersebut juga, Esma menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Berkongsi detik perkenalan dengan isteri, hatinya mula terbuka untuk kembali bergelar suami selepas merasakan Atira merupakan wanita yang sesuai buat dirinya.
“Saya pernah dua kali gagal dalam perkahwinan dan untuk berkahwin semula itu bukan satu keputusan yang mudah sebenarnya.
“Pastinya kali ini saya berdoa hubungan kami berakhir hingga ke syurga. Dia pun memahami kerjaya saya sebagai pelakon, insya-Allah doakan kami,” ujarnya.
Untuk rekod, Esma pernah berkahwin dengan pelakon Sherie Merlis pada 1992 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum bercerai pada 1997.
Aktor itu kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Nitra Sari Omar pada 2002 namun disahkan bercerai pada 2016 dan hasil perkahwinan itu, Esma dan Nitra dikurniakan enam orang cahaya mata.
Sumber - KOSMO! ONLINE
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Tiba-Tiba Muka Saya Senget, Tangan Kiri Tak Dapat ..." - Esma Daniel Kena Strok, Selamat Bedah Buang Darah Beku Di Otak

gempak
20/11/2023
07:27 MYT
Syafakallah.
Laman Utama

"Seriau Lalu Jalan Tebing, Kalau Jatuh Innalillah" - Pelakon Akira Khan Kongsi Cerita Di Pakistan

gempak
26/09/2022
12:15 MYT
Lokasi semua jauh-jauh...
Hiburan

Esma Daniel Kenang Kembali Watak Anjang Aki - "Perjumpaan Dengan Lagenda Aktor Melayu Kerana..."

gempak
25/11/2020
01:30 MYT
Semoga Datuk diberi kesihatan yang baik.
Berita

“Saya Buat Filem Ini Untuk Dia…”- Esma Daniel Mahu Realisasikan Idea Mangsa Nahas Helikopter, Mohd Irfan

gempak
09/11/2020
09:36 MYT
Esma Daniel tetap teruskan filem ketika bersama arwah
Hiburan

"Saya & Bulan Terry Datang Bersama Sebab ..." - Esma Daniel Sedia Akhiri Zaman Duda

gempak
24/09/2020
07:20 MYT
Apa hubungan Esma Daniel & Bulan Terry?