Berita

Akhirnya… Akaun Telegram Gigolo Sudah Dibanned!

gempak
Gempak
24/01/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Akhirnya… Akaun Telegram Gigolo Sudah Dibanned!
Minggu lalu, kecoh mengenai seorang lelaki yang dilabel sebagai ‘gigolo’ ditahan atas tuduhan kesalahan menjalankan aktiviti menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosial ditahan di Janda Baik, Pahang.

BERITA TRENDING: Isu Duda Gigolo, Netizen ‘Warning’ Individu Lain Yang Pernah Kolaborasi Bersama Suspek - “Tunggu Masa…”

Menerusi perkembangan terkini, difahamkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah pun bertindak menyekat akaun Telegram suspek susulan kerjasama yang diberikan oleh perkhidmatan permesejan berkenaan.Memetik laporan Harian Metro, Bahagian Komunikasi Korporat SKMM mengesahkan tindakan tersebut dan mengakui penyekatan ini membuka laluan antara agensi penguatkuasaan dan pihak penyedia perkhidmatan terbabit dalam membantu menangani pelbagai permasalahan dan salah guna.

BERITA TRENDING: Isu Lelaki Promote Aktiviti Persundalan, Netizen Bincang Apa Jadi Pada 2,051 Subscribers Saluran Telegram?

Menurutnya, 44 akaun Telegram yang didapati memuat naik kandungan berunsur lucah diturunkan SKMM sejak tahun lalu sehingga 15 Januari tahun ini.Katanya, tindakan itu akan diteruskan berasaskan aduan dan pemantauan yang dijalankan oleh SKMM.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live