Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Akhirnya...Britney Spears Keluar Pusat Rawatan Mental

Asraf Aided
26/04/2019 09:40 MYT
Penyanyi popular Hollywood, Britney Spears telah keluar dari pusat rawatan mental yang dimasukinya selama sebulan.

Menurut sumber, penyanyi berusia 37 tahun itu telah berehat secukupnya dan bersedia menjalani kehidupan harian seperti biasa.

"Britney telah keluar dari pusat rawatan mental pada Khamis (waktu tempatan) dan dibawa pulang ke rumah oleh teman lelakinya, Sam.

"Keputusan itu dibuat sendiri oleh Britney, namun dia masih dipantau walaupun sudah kembali ke rumah.

"Britney akan terus menjalani rawatan bersama doktor dan pakar terapi untuk memastikan keadaannya bertambah baik," kata sumber.

Terdahulu, Britney dimasukkan ke pusat rawatan mental kerana mengalami depresi ekoran ayahnya, Jamie Spears mengalami masalah kesihatan yang serius.

Sumber : E News
#Britney Spears
;