Laman Utama

Akhirnya Dos Ketiga Vaksin Covid-19 Dilaksanakan Selepas…

gempak
Awani
19/09/2021
10:44 MYT
Sponsor Banner
Akhirnya Dos Ketiga Vaksin Covid-19 Dilaksanakan Selepas…
Selepas pelbagai tanda tanya, akhirnya kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 bagi golongan rentan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut beliau, langkah itu akan dilaksanakan selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara mencapai 80 peratus.
Jelas Ismail Sabri, keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi.
Selain itu, tambah beliau, dos ketiga itu juga akan meliputi individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities).
“Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19 yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.
“Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini,” jelas Ismail Sabri dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Perdana Menteri berkata, kesemua perincian berhubung pelaksanaan Pakej Penjagaan COVID-19 serta pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 akan diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live