Aktres jelita Nur Fazura mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi wajah anaknya, Nur Fatima Aisya walaupun hanya kelihatan sebahagian tepi.

Menerusi laman sosial Instagram, Fazura memuat naik foto anaknya sedang nyenyak tidur berbantalkan tilam bayi empuk untuk tatapan umum.

“Selasa sangat sampai Fatima akan tidur di sini. Saya dan daddy boleh tenangkan dan selesakan Fatima dengan mudah bila dia menangis pada waktu malam,” tulis Fazura di bahagian kapsyen.

Finally it’s here! I’ve ordered it some time ago for my little princess. I heard a lot of good reviews about Baby Snuggler. @babysnuggler ✨ It’s so comfortable that Fatima usually falls asleep in it. It works the same as the bedside crib except that this one is placed on the bed. Me and Daddy can soothe and comfort Fatima easily too when she cries in the middle of the night. It is also very convenient to travel with! Lots of Love from the three of us. ? #babysnuggler @babysnuggler #Repost @fattzuralovelife

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Menerusi perkongsian itu lagi, Fatima mengenakan persalinan warna merah jambu lengkap bertopi dan memakai stokin.

Foto ini juga merupakan pertama kali Fazura mendedahkan wajah anaknya sejak Fatima lahir pada 2 Oktober lalu.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya teruja apabila penantian mereka melihat wajah Fatima berakhir meskipun hanya sipi-sipi.

Ramai yang memuji wajah Fatima dan aksi manjanya di samping ibu.

“Baby Fatima sangat cute dan mommy Fazura sangat cantik!” puji seorang wargamaya.

“Dapat tengok sipi-sipi pun jadilah,” kata seorang wargamaya.

“Alololo finally, assalamualaikum Nur Fatima Aisya,” ujar seorang wargamaya.

“Finally Fatima tunjuk muka. Sipi-sipi pun buat peminat gembira. Cutenya! Mommy pun cantik,” tulis seorang wargamaya.

“Macam muka Fattah Amin je,” usik seorang wargamaya.

“Dah lama saya tunggu nak tengok baby Faz. Assalamualaikum Fatima, alolo cutenya,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 300,000 tanda suka daripada pengikut Fazura.

Sekadar info, Fazura dan Fattah telah mendirikan perkahwinan pada 27 November 2017.