Akhirnya Hajat Raisuddin Nak Jumpa ‘Kembar’ Arwah Anak Tercapai, Tapi Netizen Pula Yang Sebak - “Sebak Sangat-Sangat”
Izwan Isa
01/06/2022 01:50 MYT
01/06/2022 01:50 MYT
Tidak berapa lama dahulu, viral di media sosial tentang seorang wanita yang dikatakan memiliki wajah mirip allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
Dikenali sebagai Emy, wanita tersebut dijemput untuk memberi kejutan kepada bapa arwah iaitu Raisuddin Hamzah sempena sambutan hari jadinya baru-baru ini.
undefined
Kejutan yang tidak disangka itu dirancang oleh isteri Raisuddin sendiri, Siti Fatimah Saberi.
“Masa mula-mula orang kata muka dia sama dengan arwah, suami ada bagi tau teringin sangat nak jumpa dgn Emy ni.
“Nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan di atas faktor masing-masing sibuk. Sempena hari lahir, kita bawa Emy untuk meraikan sekali hari lahir bersama-sama dengan kami semua.
“Terima kasih pada family dan rakan-rakan yang hadir untuk meraikan hari lahir abah, terima kasih juga untuk Emy dan keluarga yang sudi terima pelawaan kami,” tulisnya di TikTok.
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan Raisuddin yang terkesima melihat kemiripan wajah Emy yang ada iras wajah anaknya yang telah pergi ke negeri abadi.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang menyatakan rasa sebak melihat interaksi antara Emy dan juga Raisuddin.
“Nak iras muka dan pakaian, ayah dia mula-mula pun terkejut. Tapi, kena reda arwah dah tak ada. Yang ada hanya seiras saja buat pengubat rindu.”
“Baca caption dah buat sebak sangat-sangat. I know how it's feel bila kita rindu mereka yg dah tiada di dunia.”
Selain itu, netizen turut memerhatikan gelagat anak Sarah, iaitu Uwais yang turut terkejut melihat kehadiran Emy.
“Uwais duk pandang je wajah Emy. Allahuakbar, rindu seorang anak dan seorang bapa kepada anaknya,” tulisnya.