Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Akhirnya I Dapat Share Dengan Korang" - Baru Melahirkan Baby Sulung, Filem Sulung Kaka Azraff Pula Bakal Ditayang Di Indonesia

Badrul Hashim 17/10/2019 | 07:40 MYT
Seperti selalu yang diperkatakan orang, rezeki memang tidak salah alamat. Kaka Azraff yang baru sahaja melahirkan cahaya matanya yang pertama Jumaat lalu, kini berkongsi lagi satu khabar gembira berkaitan kerjayanya.
Sebagai pembuka jalan buat Kaka melebarkan sayapnya ke negara jiran Indonesia, filem Zharfa The Movie bakal menjadi menjadi batu loncatan untuk nya.
Dalam satu entri, Kaka berkongsi klip pendek daripada trailer filem tersebut dengan peminat-peminat dan pengikut di Instagramnya.
"Yup, I play the character as Zharfa. Best experience ever so far. Dapat berlakon dengan pemain-pemain dari negara jiran, Indonesia. I learned a lot!
Akhirnya i dapat share dgn korang! Akan mula ditayangkan di Jakarta, indonesia bermula 24th Oktober ini. Here’s the trailer. InshaAllah akan ditayangkan di Malaysia soon," tulis Kaka yang pastinya teruja.

ZHARFA THE MOVIE. Yup, i play the character as Zharfa. Best experience ever so far. Dapat berlakon dengan pemain-pemain dari negara jiran, Indonesia. I learned a lot! Akhirnya i dapat share dgn korang! Akan mula ditayangkan di Jakarta, indonesia bermula 24th Oktober ini. Here’s the trailer. InshaAllah akan ditayangkan di Malaysia soon. Filem gabungan antara malaysia dan indonesia. @mr.riusproduction @madnessfilmsmovies

A post shared by K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) on

Filem Zharfa The Movie menampilkan Kaka sebagai pelakon utama di samping pelakon popular Indonesia, Donny Alamsyah. Penggambaran filem tersebut berlangsung pada April tahun lalu.
#Filem #Indonesia #Kaka Azraff #Kaka Azraff #Filem
;