HIBURAN
Akhirnya Isteri Haqiem Rusli Bertemu Dengan Kak KM - “Kalau Cakap Adik-Beradik Pun Orang Percaya”
Pertemuan antara isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea dengan usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli yang dimuat naik di TikTok menarik perhatian netizen.
Wajah sama
Menerusi perkongsian itu, Kak KM memberitahu dia sememangnya teringin untuk berjumpa dengan isteri Haqiem yang dikatakan mempunyai wajah mirip dengannya.
“Kan orang semua cakap isteri Haqiem Rusli macam Kak KM. Kita nak tengok mana isteri dia. Tengok muka Kak KM sama ke,” kata Kak KM.
Rata-rata netizen turut bersetuju bentuk muka Anis dan Kak KM lebih kurang sama selain ada yang mengatakan mereka kelihatan seperti adik-beradik.
ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Rusli Bergurau Nak Kahwin Dua, Ini Respons Isteri - “Kahwin Lah, Tapi…
ARTIKEL BERKAITAN: Baru Nak ‘Feeling' Macam Rose Blackpink, Netizen Pula Cakap Isteri Haqiem Rusli Macam Kak KM... Ini Respons Tuan Badan
“Kalau cakap adik-beradik pun orang percaya.
“Sebiji bini Haqiem dengan Kak KM.
“Sama, boleh buat drama kakak tiri dan adik tiri teraniaya,” komen beberapa netizen.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat yang Anis juga kelihatan seperti pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan.
undefined