Akhirnya Kad Kahwin Nora Danish, Nedim Tersebar

Mya Amri
Mac 26, 2017 13:32 MYT
Pelakon Nora Danish bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Nedim Nazri pada 30 Mac ini.
Majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di Seputeh, Kuala Lumpur, Khamis ini pada jam 7.30 malam.
Bagaimanapun menurut laporan Harian Metro, Nora ketika dihubungi enggan mengulas mengenai berita tersebut.
Malah aktres itu juga berkata akan mengumumkan perkara berkenaan dalam satu majlis dalam masa terdekat.
“Nanti saya akan umumkan ya. Terima Kasih," katanya menerusi aplikasi WhatsApp
Terdahulu, Nora sebelum ini mengesahkan bakal bernikah dengan Nedim pada tahun ini namun belum bersedia untuk berkongsi maklumat lanjut mengenai tarikh dan butiran majlis itu.
Sumber Artikel/ Foto: Harian Metro
#Kahwin #Nora Danish #Kahwin #Nedim