,
Hiburan

"Akhirnya Kita Ada Filem Aksi Level The Raid," - Tonton Lebih Awal, Netizen Puji Filem Wira!

Hanafis Haris
20/11/2019
10:36 MYT
Biarpun filem Wira akan mula ditayangkan esok, namun filem aksi terbaru ini telah menerima pelbagai pujian ramai khususnya mereka yang telah menonton lebih awal ketika tayangan perdana baru-baru ini.
Menerusi platform Twitter, ternyata Wira mendapat pujian dan komen positif dari kebanyakkan penonton.
Ada yang mengatakan Wira sebagai filem aksi terbaik dan tidak kurang juga yang menyamakan kualiti aksinya sama seperti The Raid.
Malah, ada juga yang teruja melihat babak 'end kredit' yang dipaparkan pada penghujung filem tersebut.
Apakah kejutan berkenaan, anda perlulah menontonnya di pawagam yang bermula esok.
Anda boleh lihat antara reaksi awal penonton di bawah.
Filem aksi yang terbaik utk tahun ini, ada vibe seperti The Raid mungkin sbb penglibatan Yayan Ruhian sebagai koreografer aksi, jika ad yg kecewa dgn filem Sangkar sebelum ini, filem ini adalah utk menebus kekecewaan anda
8/10@RekomenByAsrul #RekomenFilem#WIRA2019 pic.twitter.com/vD3yO0YOmo— NIZAM (@NizamArif_) November 14, 2019
Untuk pengetahuan anda semua, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera, Hassan yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.
Biarpun nekad untuk tidak lagi berlawan, Hassan walaubagaimanapun terpaksa bertarung demi melangsaikan hutang adiknya.
Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.
Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.
Wira diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios.
Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 21 November ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar