Akhirnya...Kylie Jenner Raikan Kehamilan Kedua Secara Terbuka!

Asraf Aided
September 9, 2021 05:45 MYT
Personaliti dan sosialit Hollywood, Kylie Jenner akhirnya tampil secara terbuka mengenai kehamilan anak keduanya.
Menerusi sebuah video di Instagram, Kylie berkongsi hasil keputusan ujian dan imbasan kehamilannya.
Selain itu, anak sulungnya, Stormi, 3, juga memberikan beberapa keping foto imbasan kepada neneknya, Kris Jenner.
Di ruangan kapsyen pula, Kylie hanya meletakkan emoji berbentuk hati dan bentuk wanita hamil serta nama pasangannya, Travis Scott.
Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada ratusan ribu warganet di ruangan komen.
Terdahulu, berita kehamilan Kylie sudah dilaporkan media antarabangsa namun jutawan kosmetik itu memilih untuk meraikan perkara itu secara tertutup sebelum ini.
Kredit Foto: Instagram Kylie Jenner
#Hollywood #Hamil #Mengandung #Kylie Jenner