“Akhirnya Mereka Pun Tumbang” - Anak Johan Masuk Hospital

Kamaruddin Razal
Mac 16, 2018 11:06 MYT
Anak kepada pelawak dan penyampai radio ERA, Johan ditahan di wad.
Berita itu diberitahu oleh Johan menerusi akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.
Turut disertakan juga satu foto yang merakamkan dua anaknya, Haziq dan Chantiq sedang nyenyak tidur di atas katil hospital sambil ditemani Johan.
Bagaimanapun, Johan tidak menyatakan punca anak-anak kesayangan ditahan di wad.
Menerusi posting IGnya sebelum ini, Haziq dan Chantiq pernah di bawa ke klinik empat hari lalu.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen peminat mendoakan agar dua anaknya itu kembali sembuh dan cergas seperti biasa.
Foto: Instagram @jozlynnhanania
#Johan #Ozlynn