Laman Utama

Akhirnya Penyokong Dibenarkan Ke Stadium Tetapi Hanya.. 2,000 Orang

gempak
Azwa Rahman
18/03/2021
23:55 MYT
Sponsor Banner
Akhirnya Penyokong Dibenarkan Ke Stadium Tetapi Hanya.. 2,000 Orang
Penyokong bola sepak tempatan akhirnya dibenarkan menjadi penonton perlawanan bola sepak di stadium berdasarkan kapasiti venue dan status terkini kawasan masing-masing.
Memetik laporan Harian Metro, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ahli jawatankuasa mesyuarat menerusi persetujuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membenarkan kehadiran penonton ke stadium menerusi standard operasi prosedur (SOP) yang ketat.
Beliau berkata, kebenaran kehadiran penonton mengikut status kawasan berkenaan iaitu lokasi dalam status perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) hanya dibenarkan 10 peratus atau maksimum 2,000 penonton saja.
Katanya, kawasan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) pula dibenarkan lebih ramai penonton iaitu 25 peratus kapasiti stadium dengan maksimum kehadiran adalah 8,000 penonton.
"Kebenaran ini akan berkuatkuasa 1 April dengan dua perlawanan dalam Liga Malaysia akan dibenarkan dulu sebagai percubaan untuk menilai keberkesanan protokol penonton.
"Di samping itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM akan memantau dan membuat penilaian pematuhan protokol yang ditetapkan terutama membabitkan aspek pergerakan serta penguraian ketika perlawanan itu nanti.
"Antara SOP lain perlu dipatuhi adalah tiket hanya dijual secara atas talian, berkenaan dengan pas bermusim cara pengambilan, KBS akan umumkan nanti," katanya, dalam sidang media sebentar tadi.
Selain itu, beliau berkata, jarak antara penonton adalah 1.5 hingga dua meter sekali gus perlu dipatuhi oleh setiap penonton nanti.
"Jualan di stadium membabitkan jualan makanan dan barangan hanya dibenarkan dalam stadium saja manakala yang lain pula atau baru buka tidak dibenarkan," katanya.
Sementara itu, dua perlawanan percubaan nanti adalah membabitkan perlawanan Perak FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh dan PJ City bertemu Seri Pahang FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024