Pelakon jelita Bollywood, Priyanka Chopra akhirnya menunjukkan cincin pertunangannya bersama penyanyi Hollywood, Nick Jonas.

Sebelum ini, ada sesetengah pihak yang mendakwa pertunangan mereka hanya sekadar khabar angin.

Namun, selepas Priyanka menunjukkan cincin tersebut menerusi sekeping gambar yang dimuat naik rakan baiknya Raveena Tandon di Instagram, ia seakan memberi pengesahan kepada berita terbabit.

"Inilah kali pertama kita dapat melihat cincin pertunangan Priyanka, sebelum ini dia tidak pernah menunjukkannya kepada sesiapa.

"Nick dan keluarganya akan mengunjungi keluarga Priyanka di India untuk meraikan hubungan kedua-dua selebriti tersebut," kata sumber.

Nick dan Priyanka telah mula berkenalan beberapa tahun lepas sebelum membuat keputusan untuk menjalinkan ikatan yang sah pada tahun ini.

Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com