Laman Utama
"Akhirnya Rasa Tenang & Sempurna" - Ameera Khan Kembali Berhijab?
Adik kepada personaliti popular Neelofa, Ameera Khan mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi fotonya hampir berhijab penuh.
Menerusi kemas kini di Instagram, kata Ameera, 20, hari ini (26 Mac 2021), dia merasakan dirinya lebih tenang dan sempurna.
"Hari pertama perjalanan baru saya. Akhirnya saya rasa tenang dan sempurna," tulisnya di Instagram Stories.
Ameera yang turut popular dengan panggilan LMK di media sosial tampil anggun dengan menyarung kemeja polos putih dengan sehelai seluar longgar.
Tambah ayu, Ameera turut melilit sehelai selendang berona sama untuk menutup sebahagian besar rambutnya.
Sementara itu, kakaknya, Athisha Khan turut berkongsi foto sama ketika menikmati juadah di samping Ameera. Tulis Athisha: "Hungry hijabi."
Beberapa hari lalu, Neelofa pernah berkongsi sepotong video menunjukkan Ameera bertudung ketika berada di dalam rumahnya bersama beberapa ahli keluarga terdekatnya.
Malah, dalam kemas kini terbaharu Instagram Stories Neelofa, pengacara itu turut mendoakan perubahan adiknya. Tulis Neelofa ringkas; "Doakan Ameera selalu."
Seawal kemunculan Ameera di media sosial, dirinya tampil manis berhijab namun mula dilihat tidak bertudung sejak 2016.
Must-Watch Video