Pelakon Risteena Munim, 32, dan tunang, aktor Isa Khan, 28, mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 12 Mac ini.
Pasangan sama cantik sama padan ini berkongsi tarikh bahagia mereka, sebentar tadi menerusi sebuah entri di Instagram (IG).
"Kami ambil kesempatan ini untuk beritahu semua orang insya-Allah pada 12 Mac 2021 saya dan Risteena akan diijabkabulkan.
"Jadi kami ingin mohon doa dari yang mengenali dan tidak mengenali agar mendoakan urusan kami dipermudahkan sampai ke hari bahagia," kata Isa.
Dalam perkongsian video itu, Isa menyatakan dia sudah menghasilkan sebuah lagu khas untuk Risteena yang berjudul,
Karunia Terhebat.Terdahulu, Isa dan Risteena telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Disebabkan pandemik Covid-19, pasangan ini terpaksa menundakan majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan pada 21 November tahun lalu.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita