Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Akhirnya Saya Mengalah” - Elyana Kembali Ditahan Di Hospital Selepas Lebih Sebulan Sakit Sehingga Tak Boleh Tidur

Izwan Isa
22/09/2021 04:55 MYT
Sayu hati melihat penyanyi popular, Elyana yang terpaksa dimasukkan semula ke hospital selepas kembali sakit sejak sebulan yang lalu.

Hal ini diakui sendiri oleh penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu itu menerusi hantaran terkininya di Instagram.

Memuat naik gambar sedang berehat di sebuah bilik hospital, Elyana, 34, menjelaskan yang dia kembali mengalami kesakitan pada badan sejak lebih sebulan lalu.



“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak boleh tidur. Akhirnya saya mengalah. Hari ni masuk ubat tahan sakit, steroid dan ambil darah.

“Ujian COVID-19 memang wajib. Esok periksa jantung. Lusa buat Pet Scan. Seterusnya kemoterapi. Bismillahirrahmannirrahim. You can do it Nana!” tulisnya.

BACA: "Ini Yang Latest, 35 kg" - Berat Makin Susut, Elyana Mohon Doa Orang Ramai Untuk Jalani Radioterapi

Meninjau ruangan komen, ramai rakan-rakan artis dilihat meninggalkan kata-kata semangat dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Elyana.

“Moga Allah lindungi kamu sentiasa Ell. Kami sayang kamu Ell,” tulis pelakon Elizad Sharifuddin.

“Semoga Allah hilangkan kesakitan mu dik,” pelakon dan penerbit Zila Jalil pula menitip doa buat Elyana.

Sementara itu, peminat Elyana turut sama mendoakan agar dia lekas sembuh dan segala penyakit disembuhkan dengan izin Allah S.W.T.

Sekitar Jun lalu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal mengejutkan banyak orang apabila mendedahkan berat badannya menyusut sehingga 35 kilogram.

Ketika itu, Elyana terpaksa di tahan di hospital bagi melalui proses memasukkan darah serta susu, untuk penambahan berat badan.

Terdahulu, Elyana mengumumkan yang dia menghidap kanser limfoma ketika menyertai program Gegar Vaganza 4 pada 2017.
#Sakit #Elyana #hospital #Kanser #Limfoma #Steroid #Kemoterapi
;