Akhirnya! Tempoh Operasi Premis Dilanjutkan Sehingga 10 Malam Bermula...
Kerajaan akhirnya bersetuju melanjutkan tempoh operasi semua jenis premis menjual makanan dan perkhidmatan penghantaran makanan.
Jelasnya, kerajaan mendengar keluhan dan rungutan pembeli serta peniaga apabila hanya dibenar beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam.
“Seperti saya katakan kerajaan sentiasa mendengar pandangan rakyat.
“Kita sedar apabila rungutannya banyak berlaku maka kita segera adakan mesyuarat sejak minggu lepas lagi tentang perkara ini,” katanya.
Tambah Ismail Sabri, biarpun begitu, prosedur operasi standard (SOP) masih kekal dan masih tidak dibenarkan makan di premis makanan.
“Makan di kedai masih tak dibenarkan, ia masih kekal untuk dibawa pulang dan pesanan untuk penghantaran makanan juga kita buka sampai 10 malam,” katanya.