Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Akhirnya Terjawab! Bella Astillah Dedah Mesej Sophia Albarakbah - “Inilah Sebabnya Dia Tak Nak Involve Satu Malaysia”

Asyikin Mayudin
01/02/2023 11:23 MYT
Akhirnya pelakon Bella Astillah mengesahkan identiti wanita yang menganggu rumah tangga dia dengan penyanyi Aliff Aziz adalah aktres Sophia Albarakbah.

Menerusi Instagram Bella mempersoalkan tindakan Sophia yang tidak hadir ke lokasi sidang media promosi drama lakonannya dengan Aliff pada petang Rabu.

Bella turut menjelaskan dia berani mendedahkan ‘perangai’ sebenar Sophia kerana mempunyai bukti yang sahih.

“Kenapa tadi lari? Kenapa tak datang pc (sidang media)? Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak. Tapi saya la orang yang paling takut nak cakap benda yang tak betul.

“Kenapa saya berani bg statement sebab ianya sahih. Saya tiada plan nak bagi apa-apa statement dah tapi bila saya tengok Sophia pun bagi statement hari ini konon taknak involve satu malaysia.

“Tapi inilah sebabnya dia taknak involve satu malaysia. (Ini baru 10%),” tegasnya.

Bella menerusi laman Instagram miliknya turut berkongsi paparan skrin mesej daripada Sophia yang memohon maaf kepadanya dan berjanji tidak akan menganggu Aliff lagi.

Dalam mesej perbualan itu, Sophia juga meminta agar Bella tidak memberitahu kedua-dua orang tuanya mengenai perihal itu kerana bimbang keadaan kesihatan bapanya yang sakit jantung.

“Sorry Bella. Please forgive me. I tak kacau Aliff. Apa I boleh buat untuk you. Tell me. I am stupid. I nak tebus salah I, please. It was an accident.

“Don’t do that please. Please don’t tell my parents. Diorang orang tua. Nanti my dad ada heart attack. Please I merayu. I’m sorry. You can see me but not mt parents,” kata Sophia.

Terdahulu, Bella mendedahkan seorang heroin drama membuat pengakuan mengatakan dirinya sudah jatuh cinta dengan pelakon Aliff Aziz.

Bimbang kejadian lama terjadi lagi, Bella turut memberitahu pelakon wanita itu juga setiap hari menghubungi suaminya.

Untuk info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun mereka bercerai pada 16 Mei 2019 disebabkan Aliff beberapa kali kantoi curang.

Pasangan itu kemudian rujuk semula dalam tempoh edah. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Mohammad Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Aliff #Bella #Sophia Albarakbah #Bella Sophia #Sophia
;