Laman Utama

“Akhirnya Tewas, Tiada Lagi Bilik Asing” – Isteri Mark Adam Pula Positif COVID-19

gempak
Mya Amri
29/12/2021
04:15 MYT
Sponsor Banner
“Akhirnya Tewas, Tiada Lagi Bilik Asing” – Isteri Mark Adam Pula Positif COVID-19
Selepas Mark Adam, kini isterinya Norazah Redzuan pula disahkan positif COVID-19.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Mark dan Norazah menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram mereka.
“Akhirnya tewas…Tiada lagi room service, tiada lagi video call, tiada lagi bilik asing, tiada lagi CCTV we back together... @markadam1079 itu yang sebenarnya… Aturan Allah tu cantik sekali… InsyaAllah Amin,” coret Norazah.
Dalam pada itu, Mark menerusi hantarannya berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan mereka selain berpesan supaya berjaga-jaga dengan virus tersebut.
“Semoga cepat sembuh @ezzpowers insyaallah. Terima kasih sangat-sangat untuk doa dan kata-kata semangat anda.
“Tolong kekal selamat. Sebanyak mana saya dan keluarga sangat berhati-hati terhadap COVID-19 namun kita tidak pernah tahu kat mana dia berada jadi kita kena berjaga-jaga selalu.
“Kepada semua di luar sana, kekal selamat dan jaga keluarga anda,” pesannya.
Semalam Norazah memaklumkan keadaan suaminya masih terkawal biarpun hilang deria rasa dan bau.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live