Laman Utama
“Akhirnya Tumbang Juga” - Puteri Sarah Jatuh Sakit, Dimasukkan Ke Wad
Pelakon Puteri Sarah memaklumkan dia dimasukkan ke sebuah hospital pada petang Ahad.
Puteri Sarah memberitahu lagi dia perlu dipantau oleh doktor sehingga sihat untuk kembali bekerja seperti biasa.
“Akhirnya Sarah tumbang juga, saya perlukan rehat dan saya juga akan dipantau oleh doktor. Insyallah dan sihat saya akan kembali bekerja semula," katanya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Puteri Sarah menerusi hantaran terkini di Instagram Stories miliknya.
Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata tersebut turut meminta maaf kepada pihak penganjur sebuah acara kerana tidak dapat menghadirkan diri.
“Maaf daripada saya kepada semua peminat di Singapura, Sarah terpaksa batalkan semua photoshoot.
“Insyallah peminat di Singapura kita akan berjumpa semula. Doakan Sarah ok,” kongsingnya lagi.
Difahamkan isteri pertama Syamsul Yusof itu baru sahaja pulang dari menunaikan umrah dan bercuti ke Dubai dan Jepun bersama dua orang anaknya, Syaikhul, 6, dan Summayah, 4.
Must-Watch Video