Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Akhirnya.. Tumpas Jua” - Wany Hasrita Positif COVID-19, Sambut Aidiladha Dalam Kuarantin

Azwa Rahman
13/07/2022 02:37 MYT
Penyanyi Wany Hasrita disahkan positif COVID-19 menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut pada Ahad.

Menerusi laman sosial Instagram, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 29, berkongsi berita tersebut untuk tatapan umum.

Menurutnya, ini kali pertama dia dijangkiti virus berkenaan setelah bertahan kekal negatif selama beberapa tahun.

“Selamat hari raya Aidiladha! Lambat sikit tak mengapa eh sebab saya beraya dengan cik Covid. Akhirnya dah berapa tahun, tumpas jua.

“Setakat ni simptomnya sakit kepala macam migrain gitu, terus buat saliva test, bam! Double line! Diikuti pula dengan demam, batuk dan selsema baru jadi semalam. Oh ya, diarrhea since Sabtu,” tulis Wani di ruangan kapsyen.

Walaupun sakit, Wany tampil jelita dalam persalinan jubah berona hijau yang digayakan sewaktu menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Dalam pada itu, pelantun lagu Cinta Khayalan itu turut berlapang dada dengan ujian yang diberikan oleh Allah SWT.

“Elok pula timing waktu gini nak kena ya. Tak mengapalah, alhamdulillah.

“Moga Allah hapuskan dosa-dosa dan gantikan kesihatan yang lebih baik. Insyallah amin! Wany migraine dan batuk, aduuu sakit dada,” jelasny lagi.

A post shared by WH (@wanyhasrita)


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya menitipkan kata-kata semangat dan tidak ketinggalan ada yang berkongsi tips untuk cepat sembuh.

“Semoga cepat sembuh Wany. Rehat banyak-banyak ya,” komen seorang wargamaya.

“GWS Wany. Harap jangan makan dulu daging korban, nanti sakit kepala makin parah,” ujar seorang wargamaya.

“Cepat sembuh Wany. Kalau sakit dada tu kena minum Flavettes setiap hari,” cadang seorang wargamaya.

“Tekak perit memang tak boleh bawa bincang. Semoga Kak Wany cepat sembuh,” doa seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 13,000 tanda suka daripada pengikutnya.
#Wany Hasrita #Aidiladha #Selebriti positif COVID-19
;