Akhirnya Zafran Lafaz Cerai! Netizan Mahu Riya Keluar Dari Rumah Neraka Cepat-Cepat

Mya Amri
Mei 1, 2022 15:44 MYT

Episod terbaharu Jangan Menangis Cinta untuk minggu hadapan nampaknya menarik perhatian netizen.

Satu video teaser merakamkan Zafran akhirnya melafazkan cerai terhadap isterinya, Riya benar-benar membuatkan netizen tepuk tangan.

Ini kerana mereka sudah tidak tahan melihat Riya menderita duduk di rumah mentuanya yang digelar netizen sebagai rumah neraka.

Malah netizen juga mengharapkan agar Zafran dan Riya tidak perlu kembali bersama demi kebaikan anak mereka, Cinta Aryana.

Nak tahu apa yang berlaku?

Saksikan Jangan Menangis Cinta, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Go / Ultra Box.

#JMC #Jangan Menangis Cinta #Drama Astro