,
Terkini

Akhirnya...Pelakon The Flash Kongsi Gambar Perkahwinannya Dengan Wanita Sabah!

Asraf Aided
21/12/2018
08:40 MYT
Pelakon siri TV The Flash, Thomas Grant Gustin, 27 telah mengahwini tunangnya, wanita berasal dari Sabah, Andrea Thoma, 29 pada 15 Disember lalu.
Selepas seminggu melangsungkan perkahwinan, Grant akhirnya berkongsi gambar yang diambil sekitar majlis perkahwinan mereka menerusi akaun Instagram miliknya pada malam tadi.
"12.15.18" tulisnya ringkas di ruangan kapsyen menunjukkan tarikh perkahwinannya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Grant mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dan memuji keindahan majlis tersebut.

12.15.18 ❤️

A post shared by Grant Gustin (@grantgust) on

Sebelum ini, perkahwinan mereka pernah didedahkan oleh pihak pengurusan Grant yang dikenali sebagai Robert Adam Stein di laman Instagram.
"What heartfelt joy is was to watch Grant and La, surrounded by their family and friends, come together for a loving union.
"Wishing them both a Lifetime of Love and Happiness, they are so blessed to have one another to spend the rest of their lives together," tulisnya sebagai kapsyen.
Pasangan ini telah terlebih dahulu menerima ucapan tahniah di ruangan komen hasil perkongsian tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Nusantara

Ben Affleck Mainkan peran Batman di film The Flash

gempak
21/08/2020
08:09 MYT
Hiburan

Pelakon The Flash Belajar Sebut 'Jangan Kacau'

gempak
16/01/2020
16:00 MYT
Berita

The Flash Pilih Gadis Kadazan

gempak
14/05/2017
01:32 MYT