Akibat Jatuh Kuda, Andy Lau Terima RM45.73 Juta Wang Pampasan

Rozaimi Zubaidi
Mac 22, 2017 14:03 MYT
Pelakon terkenal Hong Kong, Andy Lau dilaporkan menerima wang pampasan sebanyak RM45.73 Juta akibat tercampak dari kuda yang ditunggangnya sebelum dipijak haiwan tersebut.
Menurut laporan Toggle.Com, syarikat insurans telah membayar wang pampasan sebanyak RM195,000 sehari berdasarkan 51 hari dia dimasukkan ke hospital.
Andy dikatakan masih dirawat di hospital dan memerlukan tempoh enam bulan untuk pulih sepenuhnya.
Terdahulu, Andy telah mengalami patah tulang belakang dan menerima rawatan awal di sebuah hospital tempatan, sebelum diterbangkan ke Hong Kong.
Ketika kejadian, Andy sedang menjalani penggambaran sebuah iklan komersial di Thailand.
Akibat kejadian itu, bahagian belakang badannya cedera sehingga menyebabkan tulang pelvis pelakon itu mengalami keretakan.
#Andy Lau #Pelakon Hong Kong