BERITA

Akibat Kasut Tumit Tinggi, Zara Zya Tak Boleh Berjalan

Syafiqah Jalal 26/10/2017 | 06:00 MYT
Pelakon Zara Zya dikejarkan ke hospital semalam selepas mendapati kaki dan tulang belakangnya sakit dan tidak boleh berjalan.
Zara menerusi akaun Instagram (IG)nya memberitahu sakit itu datang tiba-tiba apabila terjaga di waktu pagi.
Bagaimanapun, Zara memberitahu punca sakitnya itu adalah disebabkan sering memakai kasut tumit tinggi.
Pelakon itu kemudian menasihati wanita di luar sana agar mengurangkan pemakaian kasut tumit tinggi bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku.

Kejadian semalam... bila terjaga waktu pagi, kaki dgn tulang belakang saya sakit sgt. Tak boleh jalan. Hasrat nak pegi shooting tergendala. Nervousnya masa tu Allah je tahu. Hurmmmm sebabnya ialah hari2 pakai kasut tumit tinggi ?Shooting pakai, masa jalan2 pakai. Nahhhh Allah tarik nikmat untuk seketika. Skrg ni saya nak ingatkan semua para gadis, para wanita please lah kurangkan pakai high heels okay. Alhamdulilah sekarang saya okay ?? @zarazyaloverz #zarazyaloverz ?

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Dalam entri yang sama, Zara turut memuat naik fotonya yang terlantar di hospital serta berkerusi roda.
Rata-rata peminat telah meninggalkan komen mendoakan agar Zara segera sembuh.
Foto: Instagram Zara Zya
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Zara Zya #Tumit Tinggi #Masuk Hospital