Hiburan

Akibat Kecuaian Sendiri, Julia Farhana Hampir Lemas

gempak
Zulaikha Yusof
10/07/2019
02:56 MYT
Sponsor Banner
Akibat Kecuaian Sendiri, Julia Farhana Hampir Lemas
Pelakon Julia Farhana mendedahkan hampir lemas ketika menjayakan sesi latihan dalam air di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan untuk filem aksi Coast Guard.
Menurut Julia, kejadian itu terjadi disebabkan kecuaian dirinya sehinggakan topeng selam tercabut.
"Saya pernah hampir lemas ketika menjalani latihan menyelam di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan, Pahang.
"Perkara itu terjadi akibat kecuaian sendiri. Saya terlalu yakin untuk menjayakan latihan dalam air ini kerana sudah memiliki lesen selam skuba di laut terbuka.
"Kejadian berlaku disebabkan saya terlepas 'regulator' sehingga topeng muka terbuka.
"Mujurlah pasukan penyelamat yang ada di situ cepat-cepat membantu," katanya kepada Gempak.
Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin, 25, berkata, dia tidak pernah serik atau mengalami sebarang trauma disebabkan kejadian itu.
"Saya tidak pernah serik atau trauma disebabkan kejadian itu.
"Malah, saya lebih peka dengan peraturan keselamatan ketika menyelam dalam air selepas ini," katanya lagi.
Mulai bulan Ogos, Julia akan mula menjalani penggambaran filem Coast Guard yang akan dijalankan di sekitar Langkawi, Perlis dan Kuantan.
Selain Julia, filem yang diarahkan oleh pengarah tersohor tempatan, Hashim Rejab turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Saharul Ridzwan, Emma Maembong, Sabri Yunus, Aziz M Osman, Hazama, Black dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024