,
Berita

Akibat Muat Naik Filem Secara Haram Di Media Sosial, Produser Munafik 2 Ambil Tindakan Mahkamah

Elrafaei Sapi
13/10/2018
05:18 MYT
Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam bersama anaknya, Syamsul bertindak mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang memuat naik filem Munafik 2 di media sosial.
Dua beranak itu tampil mengadakan sidang media Skop Productions Ambil Tindakan Drastik Pelanggaran Hak Cipta Filem Munafik 2 yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di Hulu Kelang, Selangor semalam untuk menjelaskan tindakan tersebut.
Merujuk pada status yang dikongsi menerusi akaun Instagram, @finasmalaysia memaklumkan produser filem tersebut mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memuat naik ('upload') filem itu di Facebook dan Instagram.

#LensaINDUSTRI Majlis Sidang Media 'Skop Productions Ambil Tindakan Drastik Pelanggaran Hak Cipta Filem Munafik 2' Hulu Kelang, 12 Oktober - Satu majlis sidang media berkaitan 'Skop Productions Ambil Tindakan Drastik Pelanggaran Hak Cipta Filem 'Munafik 2' telah diadakan di Concourse Mixstage, FINAS petang tadi. Datuk Yusof Haslam, Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd dan Syamsul Yusof, Pengarah filem Munafik 2 telah mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang telah melanggar hakcipta filem tersebut dengan memuatnaik (upload) di laman media sosial facebook dan instagram melalui akaun profil Sasuke Kun dan @muhammad_izwan_shah. Filem tersebut kemudiannya telah tersebar luas dan dikongsi hingga beberapa laman media sosial untuk tontonan umum. Pihak Skop Productions Sdn Bhd juga telah membuat aduan ini kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut disamping satu guaman sivil dan permohonan injuksi turut difailkan terhadap pihak yang terbabit. Jika disabit kesalahan pihak terbabit boleh dituduh di bawah kesalahan Seksyen 41 (1) Akta Hak Cipta 1987, kerana memiliki salinan karya-karya hakcipta yang telah dibuat dan/atau diterbitkan semula tanpa pemberikuasaan, persetujuaan atau kebenaran oleh pemilik hakcipta. Selain Datuk Yusof dan Syamsul, hadir bersama dalam majlis sidang media barisan pelakon filem Munafik 2, Mawi, Fauzi Nawawi dan Nasir Bilal Khan.

A post shared by FINAS Malaysia (@finasmalaysia) on

"Filem tersebut kemudiannya telah tersebar luas dan dikongsi hingga beberapa laman media sosial untuk tontonan umum.
"Pihak Skop Productions Sdn Bhd juga telah membuat aduan ini kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia (KPDNKK) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut disamping satu guaman sivil dan permohonan injuksi turut difailkan terhadap pihak yang terbabit.
"Jika disabit kesalahan pihak terbabit boleh dituduh di bawah kesalahan Seksyen 41 (1) Akta Hak Cipta 1987, kerana memiliki salinan karya-karya hakcipta yang telah dibuat dan/atau diterbitkan semula tanpa pemberikuasaan, persetujuaan atau kebenaran oleh pemilik hakcipta," katanya.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah pelakon filem itu terdiri daripada Mawi, Fauzi Nawawi dan Nasir Bilal Khan.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Terima Kasih Kerana Doakan Baik-Baik Untuk Saya - Syamsul Yusof

gempak
05/09/2024
04:17 MYT
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengikutnya yang mendoakan kebaikan buat dirinya.
Hiburan

Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu

gempak
05/09/2024
03:56 MYT
Anak kepada pelakon, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar sah bercerai talak satu dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini.
Hiburan

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

gempak
05/09/2024
03:37 MYT
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, pada Selasa mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh pengarah, Syamsul Yusof terhadap Ira Kazar ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.
Hiburan

Syamsul Yusof, Ira Kazar Hadir Ke Mahkamah Bagi Kes Pengesahan Lafaz Cerai Taklik

gempak
05/09/2024
01:36 MYT
Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor bagi kes perbicaraan pengesahan lafaz cerai taklik pada Khamis.
Hiburan

Puteri Sarah Doakan Terbaik, Selesa Berkawan Dengan Syamsul Demi Anak

gempak
30/08/2024
05:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana menyatakan tidak mungkin akan merujuk kembali dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof  meskipun pengarah itu dikatakan bercerai dengan isterinya, Ira Kazar.