Hiburan

Akibat Viral Fever, Faralyna Idris Dimasukkan Ke Hospital

gempak
Zulaikha Yusof
09/07/2019
02:25 MYT
Sponsor Banner
Akibat Viral Fever, Faralyna Idris Dimasukkan Ke Hospital
Pelakon Faralyna Idris telah dimasukkan ke hospital akibat 'viral fever'.
Menerusi entri di Instagram (IG), Faralyna berkongsi gambar ketika sedang berada di hospital dan menerima rawatan susulan akibat masalah kesihatan yang dialaminya itu.
"My current view. Selalunya kalau nak kembali sihat, mak pulak akan menyusul.
"Itu tandanya anak sihat .." - said one of my followers.
"I dont know but everytime I read it, it makes me feel stronger for my kids.
"Bila anak sakit, sedih tengok. Minta Allah alihkan lah sakit tu pada kita.
"Bila kita sakit, kita sedih tak dapat nak urus anak-anak macam selalu. Tapi jangan risau, he knows whats best for us.
"4 years of being a mother, hari ini tewas. Bonda rehat kejap ya? Anggun dan Ayu. Thank you, Yamyam," tulisnya.
Ketika dihubungi Gempak, Faralyna mendedahkan anaknya, Anggun turut dimasukkan ke hospital dua hari sebelumnya.
"Dua hari sebelum Faralyna dimasukkan ke hospital iaitu pada hari Khamis, anak perempuan saya, Anggun baru keluar.
"Lima hari juga kami berada di hospital," katanya.
Faralyna berkahwin dengan Muhammad Fikri pada 12 Disember 2014.
Pasangan ini mempunyai dua orang anak iaitu Fira Anggun dan Fira Ayu.
Kami di Gempak mendoakan agar Faralyna kembali sihat seperti biasa selepas menerima rawatan di hospital.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live