Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Akim Ahmad Tak Ada Masalah Bersaing Dengan Stacy

Zulaikha Yusof 25/07/2019 | 05:18 MYT
Penyanyi Akim Ahmad akui tidak mempunyai masalah untuk bekerja bersama isteri, Stacy Anam walaupun ia merupakan program yang melibatkan pertandingan.
Menurut Akim, dia dan Stacy akan berbincang bersama tetapi ia tidak akan merangkumi semua perkara.
"Pada saya, tiada masalah untuk bekerja bersama isteri walaupun memerluan kami bersaing sesama sendiri.
"Kami akan berbincang tetapi tidaklah merangkumi semua perkara kerana ada juga saya perlu melakukan sendiri.
"Dah namanya pertandingan, saya pun ada strategi sendiri," katanya kepada Gempak.
Akim ditemui ketika taklimat media Mentor Milenia di Bandar Utama baru-baru ini.
Penyanyi lagu Bengang dan isterinya itu bertindak sebagai mentor untuk musim terbaru program itu bersama Black Hanifah, Hazama dan Ernie Zakri.
Tambah Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, dia akui Stacy merupakan orang yang paling dipercayai.
"Sebenarnya jika diikutkan, isteri adalah orang yang paling saya percaya.
"Saya sering menjadikan Stacy sebagai rujukan dalam pelbagai perkara.
"Dialah juga orang yang banyak memberikan pandangan kepada saya,” katanya lagi.
#Akim Ahmad #Stacy
;