Penyanyi Akim Ahmad atau Akim mengaku teruja berpuasa sebagai pasangan suami isteri dan tidak sabar melalui pengalaman pertama berbuka puasa.
Menurut penyanyi berusia 25 tahun itu, isterinya Stacy Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, nampak teruja untuk berpuasa buat kali pertama.
“Sebagai suami sudah menjadi tanggugjawab saya untuk membimbing isteri. Saya akan bantu dan memberi semangat kepada dia supaya dapat menyempurnakan ibadah puasa tahun ini.
“Saya juga akan mengajar dia untuk bangun sahur kerana selain sunnah Rasulullah S.A.W ia juga keunikan bulan Ramadan.
“Tapi saya tidak akan paksa Stacy kalau dia tak larat nak masak untuk sahur. Insya-Allah perlahan-lahan,” katanya kepada Astro Gempak.
Sementara itu, Stacy berkongsi pengalamannya cuba berpuasa pada tahun lalu.
“Saya pernah demam dan sakit kepala kerana kekurangan air. Dua hari saya cuba berpuasa, masuk hari ketiga saya demam.
“Itulah pengalaman yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila kerana ia sangat berharga dalam hidup saya,” ceritanya.
Bagaimanapun menurut Stacy, Ramadan kali ini berbeza kerana rasa teruja untuk berpuasa itu lain dari sebelum ini.
“Dahulu saya cuba berpuasa kerana mahu cuba mendekati cara hidup Islam. Kebetulan rakan-rakan saya juga ramai yang beragama Islam, saya kagum dan rasa hormat kepada mereka dan muslim yang lain kerana mampu berpuasa selama sebulan.
"Tapi sekarang situasinya berbeza di mana rasa teruja untuk sambut Ramadan itu datang sendirinya dan suami saya terus memberi semangat untuk saya sempurnakan puasa, Insya-Allah," katanya.
Stacy bersama Akim ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan mereka sebagai duta terbaru Kit Kat untuk kempen 'Jalan-Jalan Breakers' di Menara Surian, Damansara, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, pasangan suami isteri ini selain sibuk memenuhi undangan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal, mereka akan terus memberi kerjasama kepada pihak Nestle' (Malaysia) dalam rangka mempromosikan kempen terbaru KitKat 'Jalan-Jalan Breakers'.
Ahmad Shah
Thu Jun 02 2016
Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India
Tanpa rasa takut, seorang lelaki membawa 10 ekor ular jenis Anaconda dalam beg yang dibawa naik ke pesawat sewaktu ‘terbang’ dari Bangkok, Thailand dan selamat mendarat di Bengaluru, India.
Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13 Yang Baru!
Demi anak yang kelaparan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri sekotak susu.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Bestnya!
DROGBA & ROONEY | TELEMOVIE GEMPAK
Kisah Johan dan Zizan yang taksub dengan pasukan pilihan mereka iaitu Manchester United dan Chelsea. Saksikan aksi lucu Johan dan Zizan dibantu Ozlynn Wati dalam Drogba & Rooney.
Danial tau pasal nasi impit terhimpit | YES TUAN EP 3
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”
Aktor dan pengarah Rusdi Ramli akhirnya membuka mulut tentang spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan berada di hujung tanduk.
Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat
Polemik rumah tangga pasangan selebriti Ria Ricis dan Teuku Ryan masih belum dapat diselesaikan dan sedang berjalan di mahkamah.
Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.