Kumpulan Xpose kini tampil dengan single terbaru berjudul Jejak.
Melihat pada bait-bait lirik lagu tersebut, ia menceritakan tentang perkara yang kita lakukan dan meninggalkan kesan.
Menurut anggotanya, Eppy yang juga komposer untuk lagu tersebut, Jejak berkisarkan tentang seseorang yang mencari erti kehidupan dirinya sendiri.
“Jejak dari kisah benar seseorang yang mencari erti kehidupan dirinya sendiri sehinggakan dia telah melalui pelbagai rintangan kehidupan tapi hujungnya, pasti kebahagiaan yang diperolehinya. Terpulang kepada individu mahu menentukan kehidupannya sendiri," katanya.
BACA: Xpose Tampil Dengan Single Baru, Sekaligus Umum Kakak Hun Haqeem Sebagai...
Lagu ini turut digubah oleh komposer hebat iaitu Hang Nadim (Akim) dan liriknya ditulis oleh Bunga Cantik (Stacy). Bukan itu sahaja, Jejak turut mendapat sentuhan daripada Genervie Kam dalam susunan muzik (arranger). Gabungan dari nama-nama hebat untuk lagu Jejak ini merupakan satu penghormatan besar untuk Xpose.
“Saya selaku vokalis turut ada rasa kecil jika dibandingkan dengan nama-nama disebalik lagu Jejak. Oleh sebab itu, saya akan menyanyikan lagu ini sebaik mungkin dan ingin membawa lagu Jejak ini ke peringkat yang tertinggi didalam industri muzik tanah air,” kata Furhan.
Jejak boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music dan Spotify. Dengarkan juga lagu Jejak nyanyian Xpose di saluran radio tempatan pilihan anda!
Asraf Aided
Mon Jan 31 2022


Ramai Teruja Aliff Aziz Kembali Berlakon! Comeback Dalam Jodohku Babysitter Dengan Intan Najuwa - "Tak Sabar Tunggu"
Jodohku Babysitter gandingkan Aliff Aziz dan Intan Najuwa!

Aiman Hakim 'Tertekan' Jadi Park Seo Joon Versi Malaysia - "Saya 'Diharamkan' Tengok She Was Pretty Versi Asal"
Aiman Hakim bintangi She Was Pretty versi Malaysia.

Dedah 2 Kali Terima Jemputan Haji, Alif Satar Gembira Ibu Bapa Terima Panggilan Dahulu
Alhamdulilah...

Mahkamah Kekalkan Ira Kazar Tak Boleh Ganggu Puteri Sarah
Keputusan terkini mahkamah

"Kita Takkan Biar Perlakuan Tak Senonoh ..." - JHEAT Siasat Video Pelanggan Peluk Wanita
Kedai viral di Terengganu dalam pemantauan..
.jpg?ext=.jpg)
Dahlah Disaman Bekas Pengurus RM13 Juta, Ricky Martin Didakwa Pula Lakukan Keganasan Domestik?
Dua masalah datang serentak!

"Moga Dapat Haji Mabrur, Istiqamah Bertudung & Tutup Aurat" - Netizen Panjat Doa Buat Nelydia Senrose
Semoga dipermudahkan.

#HisteriaTheSeries: Alia & Putri Akhirnya Jumpa Murni! Giliran Siapa Pergi Ke Ladang Kelapa Sawit Berhantu?
Episod paling mengejutkan!

“Musnahlah Karier Ku…”- Jadi Pelupa, Nabila Huda Cari Penawar
Alahai macam mana tu?

“Kesian Anak-Anak Macam Ada Kekurangan” - Polemik Rumah Tangga, Netizen Luah Perasaan Kasihan Pada Anak-Anak Puteri Sarah
Netizen support Puteri Sarah