Hiburan
Akim, Stacy Sah Suami Isteri Tepat Jam 10.15 Pagi
Penyanyi Akim Ahmad dan Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam, sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz, tepat jam 10.15 pagi Jumaat.
Majlis pernikahan berlangsung di Hotel ShangRiLa, Tanjung Aru, Kota Kinabalu dan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.
Pasangan pengantin dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Negeri Sabah (JAIS), Tuan Haji Matlin Dimin, berwakil walikan abang Stacy, Mohd Adam Hakimi Anam.
Akim telah memberikan mas kahwin sebanyak RM300 dan berserta 7 dulang hantaran kepada Stacy.
Sementara itu pengantin perempuan turut membalas 7 dulang hantaran kepada pihak lelaki.
Turut hadir di majlis pernikahan Akim dan Stacy ialah, penyanyi Hafiz Suip.
Akim dan Stacy bertunang pada 26 September tahun lalu selepas 6 tahun menjalin cinta.
Majlis persandingan Akim dan Stacy akan berlangsung pada malam ini di lokasi sama.
Kepada peminat Akim dan Stacy, jangan lupa untuk menonton Walimatulurus Akim dan Stacy yang disiarkan secara ekslusif di Astro Ria dan Ria HD pada 3 Mac ini, jam 9 malam.
Saksikan video Akim melafazkan akad sebentar tadi: