Akshay Kumar Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari Untuk Tujuan ...
Amri Hassan
12/09/2020 22:45 MYT
12/09/2020 22:45 MYT
Bintang popular Bollywood, Akshay Kumar mendedahkan dia meminum air kencing lembu pada setiap hari bagi tujuan kesihatan.
Berpegang pada kepercayaan segelintir penduduk di India, meminum urin dari haiwan terbabit antara lainnya mampu merawat penyakit kencing manis dan kanser selain mencegah coronavirus.
Biarpun tiada bukti saintifik yang komprehensif namun ada sesetengah ahli politik di India yang percaya dengan penggunaan najis dan air kencing haiwan untuk merawat virus berbahaya itu.
"Saya lebih teruja berbanding bimbang. Saya ada menyimpan urin lembut untuk tujuan perubatan ayurveda setiap hari, jadi ia okey bagi saya," katanya menerusi sesi siaran langsung di media sosialnya baru-baru ini.
Menerusi siaran langsung terbabit, Akshay turut mendedahkan dia pernah meminum teh dari najis gajah ketika penggambaran rancangan pengembaraan Bear Grylls di hutan simpan di India.
Penganut agama Hindu percaya lembu adalah suci dan meminum urin dari haiwan terbabit bermanfaat daripada sudut perubatan.
Sementara itu, di India sahaja seramai 76,000 penduduknya meninggal dunia akibat COVID-19.
Sumber: Times of India, The Star