Aksi 5 Selebriti Tempatan Bergaya Pada 1 Syawal Paling 'Win'

Elrafaei Sapi
Jun 16, 2018 15:43 MYT
Ketibaan 1 Syawal semalam disambut meriah umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan selebriti yang tidak melepaskan peluang melaram sakan dengan pelbagai busana.
Menariknya, selebriti tempatan ini bukan saja memuat naik gambar mereka bergaya pakaian baru di media sosial tapi paling mencuri tumpuan adalah aksi mereka.
Astro Gempak paparkan 5 foto menarik selebriti pilihan kami yang paling 'win':
1. Shaheizy Sam
Aksi Shaheizy Sam bersama isteri, Syatilla Malvin dan anak mereka, Syeriv boleh dikatakan gambar raya paling menghiburkan. Apa yang membuatkan peminat 'tercengang' bila melihat aksi Syatilla yang terbaring sambil suami dan anak di atasnya. Memang kepala gila-gila betul mereka ni.
2. Fazreen Rafi
Mungkin nak cari kelainan, pelakon Fazreen Rafi memuat naik satu foto dirinya mengangkat isterinya ketika di hari raya. Bergaya dengan warna kuning, Fazreen dalam status gambarnya sempat berseloroh cintanya lebih 'berat' daripada berat badan isterinya.
3. Chacha Maembong
Dah macam peluk 'badang' apabila pelakon Chacha Maembong bergambar raya dengan memeluk bapanya yang memanjat tiang. Bukan itu saja, satu lagi gambar sama dikongsi Chacha dengan turut serta kakaknya, Emma. Jenaka tiga beranak ini membuatkan netizen terhibur.
4. Deanna Yusoff
Sudah menjadi satu kemestian sesiapa saja mahu bergambar dengan pakaian baru sempena Aidilfitri. Bagaimanapun lain pula ceritanya bagi pelakon popular, Deanna Yusoff yang bergambar raya bersama lembu di Alps, Switzerland sambil mengucapkan selamat hari raya kepada peminat.
5. Siti Nurhaliza
Sambutan Aidilfitri bagi penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza suatu yang cukup bermakna dan paling meriah kerana meraikannya sebagai seorang ibu. Siti memuat naik satu fotonya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan anak mereka, Siti Aafiyah.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
#Shaheizy Sam #Siti Nurhaliza #Fazreen Rafi