Aksi Crosswalk Meer Nash & Diva AA Di Traffic Light Tular - "Penyanyi Lain Tak Buat, Biar Saya Buat"
Amri Hassan
31/01/2023 08:50 MYT
31/01/2023 08:50 MYT
Lagu KAJIMA nyanyian Meer Nash yang dilancarkan sejak September lalu kian mendapat sambutan peminat dan pencinta muzik tanah air.
Apatah lagi, lagu yang ditujukan kepada bekas kekasihnya itu cukup dekat dengan mereka yang melalui fasa sama iaitu putus cinta.
Selain muzik video dan beberapa aktiviti promosi lain, Meer Nash, 27, atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul mencipta kelainan dengan membuat persembahan di ‘crosswalk’ lampu isyarat berhadapan Menara KLCC.
Tidak menjangka idea yang belum pernah dibuat oleh mana-mana penyanyi tempatan itu berjaya direalisasikan hingga menjadi tular.
Malah, lagu KAJIMA hasil ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Asyraf Nasir itu terus menarik perhatian.
Menurut Meer Nash, tidak salah untuk mencuba atau memberikan kelainan dari segi mempromosikan sekali gus membuktikan industri hiburan kita punya pengaruh walau di mana jua berada.
“Idea membuat persembahan ‘crosswalk’ ini adalah inspirasi daripada James Corden ‘show’ iaitu James Corden Crosswalk Concert yang mana dia pernah buat dengan beberapa artis ternama. Jadi, kami ambil inspirasi dari situ.
“Kita nak cuba mempelbagaikan idea dari segi mempromosikan lagu dan untuk menunjukkan kepada industri kita yang mana ada banyak lagi cara yang boleh dibuat dan bukan saja atas pentas. Namun, di mana-mana saja boleh.
"Contoh, luar dari kotak adalah buat persembahan di ‘crosswalk’ lampu isyarat. Dalam masa sama, boleh menghiburkan mereka yang sedang tunggu lampu hijau.
“Bagi saya, ini sesuatu yang segar. Penyanyi lain tak buat, biar saya buat. Sekurang-kurangnya mereka yang belum tahu lagu ini boleh mendengar secara langsung. Malah, ia membuatkan lagu ini lebih dekat dengan mereka,” katanya.

Azwan Ali sporting!
Menurut Meer Nash, persembahan yang dibuat dengan menampilkan personaliti terkenal Azwan Ali membuatkan KAJIMA ‘crosswalk’ itu tular.
“Kita buat persembahan KAJIMA ‘crosswalk’ ini sebagai satu bentuk promosi lagu KAJIMA dan dalam masa sama mahu ia tular. Disebabkan itu, pasukan memilih Azwan Ali dan tidak menjangka ia betul-betul menjadi.
“Persembahan ini tak lama pun, sebab kita hanya nyanyi bahagian korus yang ‘catchy’. Biar ia mudah menangkap hati pendengar,” katanya.

Lagu untuk bekas kekasih
Mengenai lagu KAJIMA, Meer Nash berkata ia ditujukan kepada bekas kekasihnya yang membuatkan dirinya susah untuk 'move on' selama dua tahun.
"Ini lagu 'paling gelap' yang saya tulis dan rakamkan setakat ini. Dengan sedikit elemen daripada filem seram Indonesia, KKN Di Desa Penari, rap dan puisi kanak-kanak. Turut diketengahkan juga dengan tarian Korea bagai melepaskan kemarahan.
"Apabila lagu ini siap ditulis, ia bermaksud saya sudah berjaya 'move on'. Bahagian awal lagu ini, saya berasa marah dan hilang akal terhadap apa yang saya dah lalui sepanjang hubungan 'tarik tali' yang toksik, tapi hingga akhir lagu ini saya berjaya keluar daripada lorong gelap dan mencari diri sendiri," katanya.
Sementara itu, menerusi muzik video (MV) KAJIMA yang boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia, Meer Nash berkata, dia memainkan beberapa watak.
"Saya muncul dalam beberapa watak yang memerlukan saya menukar lima pasang persalinan baju dan mengambil masa 18 jam. Selain itu, saya mengalami kecederaan ketika penggambaran, tetapi tetap diteruskan.
"Produksi mempunyai set dan 'mood' yang berbeza. Bahagian yang paling saya suka dalam MV ini adalah menjadi bomoh kerana saya dapat memainkan watak sebagai mangsa yang dikawal bomoh iaitu kekasih saya," katanya.