Laman Utama

Aksi Dua Pegawai SPRM Lari Keluar Mahkamah Tular, Netizen Terhibur - “Boleh Masuk Acara Ambil Rasuah Berganti-ganti”

Azwa Rahman
21/10/2021
22:45 MYT
Gara-gara didakwa bagi dua pertuduhan menipu, dua orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Bahru bertempiaran lari daripada dirakam lensa kamera jurufoto menarik perhatian wargamaya.
Menerusi laman sosial Twitter, sebuah portal berita tempatan memuat naik aksi dua pegawai SPRM yang meluru lari keluar daripada pekarangan mahkamah Sesyen menjadi tular. Melihat pada video yang dikongsi, dua pemuda terbabit berlari sekuat hati seusai keluar daripada pintu mahkamah menuju keluar pintu pagar.
Mereka kemudian disambut oleh sebuah kereta yang baru tiba di hadapan pekarangan mahkamah lalu dibawa pergi.
Tertuduh pertama, Penolong Penguasa P29 SPRM Kluang, Amir Izham Shahak, 32, mengaku bersalah atas pertuduhan menipu seorang penguatkuasa untuk menyerahkan RM40,000, bagi menyelesaikan kesnya yang disiasat agensi berkenaan, Khamis lalu.
Tertuduh kedua, Penguasa P42 SPRM Johor Bahru, Wan Kamarul Zaim Wan Mansor, 34, pula, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Sementara itu di ruangan balas, aksi ‘lari lintang-pukang’ dua pegawai SPRM terbabit mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Ada yang mengolah semula video tersebut dengan menambah pelbagai audio kelakar sebagai tambahan.
Tidak kurang juga yang meluahkan rasa kecewa melihat orang-orang di dalam sebuah institusi yang dipercayai boleh bertindak melakukan kesalahan terbabit.
“Lari serupa nak masuk 100 meter sukan Olimpik France 2024. Tak boleh ke catwalk catwalk je kalau rasa diri tu tak bersalah kan?” tanya seorang wargamaya.
“Kau bayangkan lari laju-laju masuk kereta tiba tiba “surprise kami wartawan dari tv#” mana dua ekor ni nak lari,” komen seorang wargamaya.
“Lajunya lari menyelamatkan diri. Tengok pada gaya larian, boleh wakil negara ni dalam acara ambil rasuah secara berganti-ganti,” usik seorang wargamaya.
“Patut kereta tu brek mcm drift tu.. baru la maksima impaknya.. Ni orang lari dah laju, kereta sampai macam order grab.. next time cuba lagi ya aksinya,” pesan seorang wargamaya.
“Aku just imagine plot twist macam ni, diorang lari laju laju masuk kereta pastu kereta tu bawak pergi balai polis, pastu kena tidur dalam lokap. tragis,” kata seorang wargamaya.
“Lintang pukang ko malu. Makan duit rasuah tak malu? Benci aku dengan golongan ni,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan serta 8,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Viral

Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu

gempak
26/07/2024
15:55 MYT
Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada lagi majlis perkahwinan penuh sensasi yang mahu diraikan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Viral

Bateri Litium Meletup Dalam Lif, Lelaki Meninggal Dunia Selepas 28 Hari Dirawat Di Hospital

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video rakaman CCTV memperlihatkan sebiji bateri litium yang dibawa oleh seorang lelaki meletup dan terbakar dalam lif meraih perhatian netizen seluruh dunia.
Hiburan

Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

gempak
26/07/2024
12:55 MYT
Pelakon, Zamarul Hisham mengakui masih menjadi ‘buruan’ peminat yang menggodanya walaupun usianya sudah menjangkau 53 tahun.