Keletah bersahaja permata hati Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden yang hilang beg kesayangannya mencuri tumpuan warganet.

BERITA TRENDING: Bebas Kes Cederakan Pak Guard, Sharnaaz Rancang Bercuti Dengan Anak, Mahu Muhasabah…

Mana tidaknya, selain aksi bersahaja dan comelnya, Jebat seakan-akan memahami aksinya dirakamkan oleh Sharnaaz.

Momen comel Jebat dan gelabah Sharnaaz itu menariknya ditonton jutaan kali oleh warganet! Bijaknya Jebat, sempat juga merajuk apabila barang kesayangannya tidak ditemui.

"Mana tak hangin, masa ni pula beg Mommyhana Jebat hilang. Korang tolong mamu (saya) boleh? Misi mencari beg Jebat bermula," tulisnya sambil menggeledah satu rumah mencari beg Jebat yang hilang.

BERITA TRENDING: Ramai Suka Tengok Gelagat Mesra Noor Nabila & Amelia - “Muka Pun Nak Sama, Salute Dengan Mommy Jebat”


Tidak cukup itu, kekecohan mencari beg Jebat juga turut terkena tempias beberapa rakan selebriti seperti Shuib, Shukri Yahaya dan Datuk Seri Aliff Syukri.

Kesemua mereka bersama anak masing-masing juga turut membantu Sharnaaz dalam mencari beg kesayangan anaknya.

Jadi, adakah misi Sharnaaz mencari beg kesayangan anaknya daripada jenama Mommyhana itu berjaya?

Bagi merealisasikan misi itu, Mommyhana menawarkan RM5,000 kepada mereka yang berjaya menjumpai beg Jebat.