Apa aktiviti yang paling seronok ketika bercuti ke luar negara yang mempunyai suhu beku selain bermain salji.

Pengacara dan juga pelakon jelita, Jasmine Suraya Chin nampaknya seronok bermain salji ketika bercuti ke Finland ketika ini.

Dalam satu video yang dikongsinya di media sosial, dia begitu teruja bermain salji sambil menari mengikut rentak muzik.

Menariknya, dia menari dengan rentak lagu popular, Ice Ice Baby yang pernah dinyanyikan Vanilla Ice pada tahun 1990.

Dengan gaya muka selamba, serius dan fokus pada setiap pergerakannya, selebriti itu cukup bersemangat menari dengan bermacam gaya.

@mykiehls ‘ new invention so moisturising it got me groovin for vanilla ice ?? #soundon #onascale1to10howgoodismydancing #travelwithkiehls #travellingwithvanillaice ? @ramona_zamzam ? @sarahloisd

A post shared by Jasmine Suraya Chin (@jasmine_suraya) on


Aksinya itu nyata menarik perhatian netizen di media sosial yang terhibur menonton video itu. Netizen juga memuji persembahan selebriti itu yang dianggap comel.

"Pelik rupa.. Hihihi.. Tp comel," kata netizen dikenali sebagai @rarrasakura.

Ada netizen iaitu @fitriahazzahra_ menyatakan dia terhibur menonton video tersebut sehingga sanggup tengok berulang kali sebanyak 20 kali.

"Vanilla Ice? Hahaha that's like old school rap.. Btw you should have chosen the original track,. Instead of this.," kata netizen @fahmiamin.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @jasmine_suraya